Dadih Diana

Bahan-Bahan:

20 cawan air biasa
15g agar-agar
3 cawan air masak
650 g susu tepung everyday
2 tutup esen vanilla
secubit garam
2 cawan gula
1 keping asam keping(sebagai pengilat)
perisa bergantung kpd kesukaan

Cara:

masakkan agar-agar dengan 20 cawan air sehingga betul2 larut.satukan kesemua bhan lain didalam satu bekas sprti jug kacau sehingga sebati.setelah agar2 larut masukkan kesemua bahan yang telah disatukan tadi,kacau sehingga 2 minit kemudian tutup api..tapis kedalam bekas dan sejukkan,sedia dihidang.

Cadangan Hidangan:

hidangan ini dpt memperoleh 25-30 cawan.segera tutupkan api setelah 2 minit untuk mengelakkan susu mendap ke bawah dan tekstur dadih kasar.

Tambahan:

selepas keluarkan dadih dari pete sejuk,cbe gegarkan dadih,jika dadih anda bergegar di permukaannya SYABAS ANDA TELAH BERJAYA!!!selamat mencuba

0 comments:

Post a Comment