DALCA


Nasi6

Masakan ibu saye =) boleh dihidangkan dgn nasi briyani dan acar timun nenas.. (err sila buat2 tak nampak je la surat khabar lapik tu ek.. hehe..)

Bahan-bahan ( 4 orang makan )

  • Bahan hiris:
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang merah
  • 1 cm halia
  • Bahan tumbuk:
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang merah
  • 1 cm halia

  • 1 kulit kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 biji bunga cengkih
  • minyak secukupnya (lebih sikit pun takpe)
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • air asam jawa secukup rasa
  • beberapa ketul ayam (terpulang pd anda, saya guna leher, kaki dan peha)
  • 1/2 cawan kacang dhal (direbus hingga lembut, sebahagian diambil dan ditumbuk hingga hancur)
  • sayur2 spt karot, kacang panjang dan ubi kentang
  • santan
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Dalca1
    Hiris semua bahan hiris dan ketepikan. Sediakan rempah2 seperti di atas. Potong sayur mengikut kreativiti masing2. (Di dalam gambar ini, ada byk kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih.. sebenarnya hanya satu kumpulan shj yg digunakan hehehe.. yg lain tu utk masak lain)
  2. Dalca1
    Gaulkan rempah kari daging, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih di dalam sebiji mangkuk dan tambah sedikit air.
  3. Tumbuk semua bahan tumbuk dan ketepikan.
  4. Panaskan minyak di dalam periuk. Setelah minyak panas, masukkan bahan hiris dan tumis. Sebelum bahan2 hiris berubah menjadi kuning, masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Tumis hingga naik bau dan kekuningan.
  5. Dalca3
    Masukkan campuran rempah daging yg dicampur air tadi ke dalam periuk dan biarkan seketika. Kemudian, masukkan bahan tumbuk dan kacau. Tambah sedikit air supaya rempah cair sedikit dan teruskan hingga rempah naik minyak.
  6. Dalca4
    Tambah air asam jawa, agak2 supaya tidak terlampau masam tapi ada rasa masam.
  7. Dalca5
    Masukkan ketulan ayam.
  8. Dalca6
    Setelah ayam separuh masak, masukkan semua kacang dhal yg direbus dan juga yg ditumbuk. Gaul rata.
  9. Dalca7
    Masukkan semua sayur2 yg telah dipotong. Tambah garam secukup rasa.
  10. Dalca8
    Tambah air mengikut kepekatan yg disukai. Kemudian, tambahkan santan secukupnya (jgn sampai kuah menjadi terlampau putih). Masak sehingga mendidih dan tutup api. Pastikan ubi kentang sudah lembut.


0 comments:

Post a Comment