GULAI IKAN KERING


Bahan-Bahan:

  • 1 kepala ikan talang kering
  • 150 gm kacang panjang
  • 4 biji terung putih bulat
  • 2 biji kelapa
  • 4 labu bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 sudu besar rempah kari ikan 2 sudu besar minyak
  • 1 sudu teh asam jawa
  • ½ sudu teh halba campur
  • 2 ketul keledek
  • 1 pelepah daun kari
  • 2 gelas air
  • Garam secukup rasa
Cara:
  • Potong kacang panjang 2.5 cm dan keledek 2.5 cm x 4 cm. Belah terung menjadi empat.
  • Bersihkan kepala ikan kering dan kerat ikut sebesar yang disukai.
  • Hiris bawang merah dan bawang putih.
  • Bancuh rempah kari dengan air dan jerang selama 5 minit.
  • Masukkan keledek, kacang panjang dan terung. Kacau selalu.
  • Masukkan kepala ikan kering dan kacau lagi. Masukkan santan, garam dan air asam jawa.
  • Apabila masak angkat dan ketepikan. Panaskan minyak di dalam kuali.
  • Tumis bawang merah, bawang putih, halba campur dan daun kari. Kacau hingga kuning dan wangi.
  • Tuang tumisan ini ke dalam gulai yang telah masak.
  • Kacau perlahan dan tutup periuk.

0 comments:

Post a Comment