KUIH HARUM MANIS

Kiriman & Gambar : Jeni
Sumber : Siti Mastura



Bahan-bahannya

  • 300 gm gula melaka
  • 350 ml air
  • 3 biji telur
  • 200 gm gula pasir
  • 350 gm tepung gandum
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh bicarbonate of soda
  • (3 bahan diatas diayak)
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 sudu maka esen vanilla
  • 50 gm mentega, dicairkan
  • 8-9 biji pisang raja dihiris bulat tipis

Cara-caranya

  • Masak gula melaka dengan air hingga larut. Tapis dan sejukkan.
  • Pukul telur dan gula hingga naik.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan spatula dan kacau rata.
  • Kemudian masukkan esen vanilla dan mentega cair serta sirap gula melaka dan kacau hingga sebati.
  • Sapukan acuan-acuan kecil dengan mentega.
  • Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan, isikan tiga suku penuh sahaja lalu letakan hirisan pisang keatas adunan.
  • Kukus kesemua adunan itu selama 15-20 minit. Sejukkan dahulu.

ps : Kawan2 sorry ye hari tu termiss step 5-7 ... ampunnnnnn

0 comments:

Post a Comment