LAKSA SARAWAK ISTIMEWA


Dscn1319

Pes laksa baru sampai terus buat makan2 utk kawan2....

Bahan-bahan ( 10 orang )

  • 400gram pes laksa Sarawak Hj Manan (2 bungkus)
  • 2 bungkus Bihun
  • 500gram udang basah
  • 3 ketul dada ayam
  • 500ml santan pekat (1 tin santan cream)
  • 8 biji telur ayam
  • 1 kiub pati ayam maggi
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam, gula & msg secukup rasa
BAHAN TAMBAHAN
  • 500gram tauge
  • Daun ketumbar @ daun pudina (ikut suka)
  • Limau kasturi @ lemon
SAMBAL BELACAN
  • 15 biji cili padi/cabai burung (klu nk pedas lg boleh tambah)
  • Belacan Sarawak (@ lain2 negeripun boleh)
  • Sedikit air perahan limau@lemon
  • Garam & gula

Cara-cara

  • Rebus dada ayam dalam periuk sehingga masak & empuk. Angkat & carik2.
  • Dalam air rebusan yg sama masukkan udang. Jgn biar lama sangat. Angkat & toskan.
  • Dscn1326
    Air rebusan jgn buang, terus masukkan pes laksa sarawak ke dalamnya.
  • Tunggu sehingga mendidih, masukkan santan pekat.
  • Masukkan bahan2 perasa seperti kiub pati ayam, sos tiram, garam, gula & msg. Biar mendidih seketika.
  • Sementara itu celurkan bihun & taugeh.
  • Goreng dadar telur. Kemudian gulung & hiris nipis2.
  • Untuk sambal belacan. Tumbuk cili dan belacan. Tambahkan garam, gula & perahan limau@lemon.
CARA2 MENGHIDANG LAKSA SWK
  • Ambil sedkikit bihun. Letak tauge, ayam yg telah dicarik, telur dadar yg telah dipotong, udang, daun ketumbar/pudina & sambal belacan. Sendukkan kuah laksa swk yg masih panas. Perah limau/lemon. Sedia untuk dimakan ketika panas2.
  • Dscn1313
    Set lengkap hidangan laksa swk

0 comments:

Post a Comment