NASI AYAM LEBANON

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam dipotong lapan
  • 1/2 camca kecil serbuk kulit kayu manis ( A )
  • 1/2 camca kecil serbuk lada hitam ( A )
  • 1/2 camca kecil serbuk "all spice" ( A )
  • Sedikit garam
  • 20 biji badam
  • 4 labu bawang besar dihiris
  • 6 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1 tin besar buah tomato
  • 1 camca besar tomato puri
  • 1/4 cawan kismis hitam
  • 6 buah pelaga ( B )
  • 2 kuntum bunga lawang ( B )
  • 1 batang kulit kayu manis ( B )
  • 3 cawan beras basmati
  • 3 cawan air rebusan ayam
  • Segenggam daun ketumbar dicincang halus
  • 8 camca besar mentega
  • Minyak untuk menggoreng ayam

Cara-cara

• Gaulkan ayam dan bahan A. Panaskan minyak gorengkan badam dan keluarkan sebentar. Masukkan ayam dan bawang, goreng sampai garing sedikit.
• Tuangkan tomato puri dan sedikit air.
• Tambahkan garam dan masaklah sampai empuk. Keluarkan ayam dan asingkan sosnya.
• Di periuk yang lain, tumiskan bahan B dengan mentega serta kismis hitam.
• Masukkan kuah tomato, ayam dan air rebusan ayam lalu didihkan.
• Masukkan beras dan garam dan tanaklah umpama masak nasi.
• Apabila masak sajikan bersama ayam, badam goreng dan daun ketumbar di atas.

0 comments:

Post a Comment