NASI TURKI

Bahan-Bahan

BAHAN “A”

* 1 kg beras Basmati
* 2 ekor ayam, dipotong kecil-kecil
* Air ikut paras beras (1 beras = 1.5 air)
* 200 g tomato puree
* 1 cawan Yougart/Tairu rendah lemak perisa mangga
* 3 batang karot, didadu
* 1 tin kacang peas, buang airnya
* ½ cawan daun ketumbar
* ½ cawan daun pudina
* 1 cawan minyak canola

BAHAN “B”

TUMIS

* 5 kuntum bunga cengkih
* 5 biji buah pelaga
* 2 cm kayu manis

BAHAN “C”

KISAR

* 2 biji bawang besar
* 6 biji bawang putih
* 3 biji tomato segar


BAHAN “D”

* REMPAH (Gaul rata dan bancuh sedikit air)

* 1 sudu makan serbuk ketumbar
* 1 sudu teh serbuk jintan manis
* 1 sudu teh serbuk jintan putih
* 1 sudu teh serbuk lada putih

HIASAN

* 1 cawan bawang goreng
* 100 g gajus, belah dua dan goreng
* 100 g kismis, goreng sebentar (jika mahu)
* 100 g daun ketumbar

Cara Cara
  • * Tumis “B” sehingga naik aromanya. Masukkan “C” dan gaul rata. Masak sehingga pekat Masukkan pula daging, bahan “D,” tairu, tomato puree dan masaklah sehingga dagingnya empuk.
  • Tuangkan air (mengikut paras beras) dan masak lagi sehingga mendidih.
  • * Sementara itu, masukkan beras dan karot kedalam periuk letrik.
  • Kemudian tuangkan kuah daging yang baru mendidih serta garam secukup rasa. Sukatan kuahnya haruslah sama dengan jumlah berasnya.
  • Lebih selamat jika dilebihkan sedikit kuahnya, untuk menentukan nasinya tidak keras.
  • ONkan swis periuk nasi. Apabila nasi hampir kering, masukkan daun pudina, daun ketumbar, kacang peas serta satengah bahgian kismis dan gajus.
  • Biarkan sehingga nasinya masak. Semasa menghidang, taburkan kismis, gajus, bawang goreng dan hirisan daun ketumbar.
  • Jangan lupa letakkan beberapa ketul daging diatas nasi. Enak dimakan dengan salada tairu timun.

0 comments:

Post a Comment