SUP MACARONI SEMPOI


Sup_macaroni

Resepi rekaan sendiri, untuk makan sendiri

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 200 gm macaroni
  • 1/4 ekor ayam- di potong kecil
  • Perencah sup- mengikut kegemaran, saya guna perencah mee sup adabi
  • sayur-sayuran seperti lobak merah, baby corn, cellery, bunga kobis, etc
  • Daun sup dan bawang goreng

Cara-cara

  1. Bersihkan ayam dan rebus didalam periuk- Quantity air adalah mengikut citarasa
  2. Bersihkan dan potong sayur mengikut citarasa
  3. Masukkan perencah sup dan lobak merah kedalam rebusan ayam apabila telah mendidih.
  4. Masukkan pula macaroni kedalam periuk.
  5. Apabila macaroni sudah agak lembut, masukkan sayur2 yg lain
  6. Apabila sayur telah lembut, boleh la dimatikan api. Tabur daun sup & bawang goreng. Tambahkan garam, jika perlu.
  7. Nota: sup ini memerlukan banyak air kerana macaroni akan menyerap air. Selalunya orang akan merebus macaroni berasingan, tetapi dengan cara memasukkan macaroni kedalam sup akan menambah perisa kepada macaroni tersebut.

0 comments:

Post a Comment