TEMPE GORENG TEPUNG

Step_by_step_014

Untuk minum petang

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

  • 5 keping tempe
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 camca teh ketumbar biji*
  • 1/2 camca teh jintan kasar dan 1/2 camca teh jintan halus*
  • 10 biji lada hitam*(*ditumbuk atau dikisar halus)
  • 1/2 camca teh air kapur
  • 1/2 camca teh serbuk kunyit
  • UNTUK LADA KICAP:-
  • 10 biji cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 camca besar gula pasir
  • 1/2 cawan kicap masin
  • Jus dari sebiji limau kasturi (jika suka)

Cara-cara

  1. Step_by_step_010
    Tempe dipotong nipis secara menyerong dari atas ke bawah. Ketepikan.
  2. Step_by_step_009
    Satukan tepung beras, bahan2 dikisar, air kapur, serbuk kunyit dan garam/gula (sedikit dahulu) dalam satu bekas.
  3. Step_by_step_011
    Tuang air sedikit dahulu (anggaran 1/4 cawan). Kacau hingga sebati dan tambah air sedikit lagi sambil dikacau hingga adunan tidak terlalu pekat atau cair (seperti tepung utk menggoreng pisang). Ketepikan sebentar.
  4. Step_by_step_012
    Panaskan minyak dalam kuali untuk goreng terendam. Bila minyak panas, celup tempe tadi dalam adunan tepung dan goreng. Jgn bbuh terlalu byk tempe dalam satu kuali. Goreng pada api sederha hingga tempe kuning keemasan. Angkat dan toskan. Bolehlah dihidang bersama sambal kicap.
  5. Step_by_step_013
    UNTUK LADA KICAP:- Masukkan cili padi, bawang putih dan gula dalam lesung batu, tumbuk hingga lumat. Masukkan kicap masin (jika menggunakan kicap manis kurangkan gula atau tak payah bbuh gula) dan gaul rata. Masukkan jus limau kasturi jika suka. Kacau rata.
  6. Step_by_step_015
    Tuang dalam bekas dan bolehlah dihidangkan bersama tempe tadi. Lada kicap ini memang pedas (bergantung pada cili padi masing2), jadi sesapa yg tak tahan pedas mat cadangkan kurangkan cili. Selamat mencuba.....

0 comments:

Post a Comment