APAM GULA HANGUS

Bahan-Bahan:
  • 5 biji telor ayam
  • 1 cawan gula pasir
  • ¾ cawan susu pekat manis 2 cawan tepung gandum (diayak)
  • ½ cawan gula pasir (dibuat gula hangus)
  • ½ cawan air (dimasukkan dalam gula hangus)
Cara
  • Pukul telor bersama gula hingga kembang masukkan susu pekat manis dan pukul lagi kemudian masukkan tepung gandum sedikit-sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi dan dikacau sebati. Tuangkan adunan dalam bekas untuk dikukus selama 40 minit.
Cadangan Hidangan:
  • Kalau suka boleh juga dikukus dalam acuan kecil-kecil.
Tambahan:
  • Sekiranya terasa manis kurangkan sedikit gula.

0 comments:

Post a Comment