AYAM CORNFLAKES


Ayamcornflake

sedap dimakan dengan sos thai ketika masih panas-panas

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 keping dada ayam
  • 50g tepung gandum
  • 1 biji telur gred b
  • 2 sudu besar air
  • cornflake tanpa perisa secukupnya
Bahan perap
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil rempah kari
  • 1/2 sudu kecil serbuk cili
  • 1/2 sudu kecil garam
  • minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara

  • Bersih dan potong ayam kecil-kecil.

    Ayamcornflake1

  • Perapkan dengan bahan perap selama lebikurang 10 minit.Masukkan cornflake ke dalam beg plastik. Ramas biar kasar-kasar.
  • Masukkan tepung, telur dan air ke dalam mangkuk. Kacau biar sebati.
  • Masukkan kepingan ayam satu persatu ke dalam adunan tepung tadi.
  • Kemudian letak pulak ke dalam beg plastik cornflake. Tutup mulut beg plastik tadi.
  • Goncangkan biar cornflake bersalut pada ayam
  • Goreng dalam minyak panas sehingga keperangan atau ayam masak.

0 comments:

Post a Comment