RENDANG AYAM KEDAH


Picture_691

wat rendang ni semalam, lauk sampingan nasi lemak..try resepi dr internet..x tau la asli kedah k x tp disebut rendang kedah....

Bahan-bahan ( 1 family... )

  • 1 ekor ayam-dipotong2
  • santan dari 2 biji kelapa
  • 1 cawan kerisik
  • 2 helai daun kunyit
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 sudu besar gula merah
  • garam dan serbuk perasa (jika suka)
  • 2 sudu besar minyak sapi

Bahan kisar:-
  • 10 biji bawang merah
  • 10 cm lengkuas
  • 5 cm halia
  • 3 cm kunyit hidup
  • 5 batang serai
  • 100 gm cili kering
Rempah tumis:-
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji cengkih
  • 5 biji buah pelaga

Cara-cara

  • Panaskan minyak sapi. Tumis bahan kisar dan rempah tumis hingga naik bau.
  • Masukkan ayam, biar hingga airnya kering sedikit. Tuangkan santan bersama daun limau purut dan daun kunyit.
  • Bila sudah empuk, masukkan kerisik, garam dan gula merah. Masaklah hingga pekat. Sedia untuk dimakan mengikut kesukaan masing2..

0 comments:

Post a Comment