AYAM GORENG KENTUCKY TEMPURA BERMADU [ bersup ]


Img_006a5

Nama je pelik dan panjang... sebonarnyo, mudah ajo! Bahan-bahan pun sonang nok dapek... resepi orang bujang yang naik angin nak masak ari nie... ekekeke... :p

Bahan-bahan ( 1-2 )

  • Semestinya Ayam
  • 1/2 biji bawang besar (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/2 inci halia (ditumbuk)
  • 1/2 kiub sup (bukak uncang dia, ambil separuh dan tumbuk)
  • 1 batang kecil kayu manis
  • 1 biji telur
  • 1 biji tomato
  • 1 batang carrot kecil
  • Kicap
  • Madu (umm!!)
  • 4 sudu besar Tepung Perasa Serbaguna Kentucky (RM 0.99 aje... hehehe murah...)
  • 4 sudu besar Tepung Goreng Serbaguna Tempura (RM something... tak ingat la, tapi murah ajo...)
  • Semestinya... garam dan perasa.
  • Minyak untuk menumis
  • Air 2/3/4 cawan (ikut suka)
  • Daun sup dan daun bawang pun mesti ada...

Cara-cara

  • Mula-mula, bersihkan ayam dan rebus la ayam itu. Sesudah nampak separuh masak, keluarkan ayam dan lumurkan dengan garam.
  • Sesudah itu, lumurkan dengan madu dan telur bertujuan untuk memudahkan tepung yang akan digunakan untuk melekat. Masukkan sedikit kicap dan lumurkan.
  • Kemudian, lumurkan dengan tepung Kentucky dan tepung Tempura. Biarkan ayam itu sekejap, biar ia menyerap aura bahan-bahan yang kita lumurkan tadi.
  • Bawang besar, bawang putih, halia dan rempah sup yang telah ditumbuk ditumis sampai naik bau. Masukkan bahan-bahan ini ke dalam lebihan air rebusan ayam tadi untuk buat sup.
  • Biarkan ianya mendidih, kemudian masukkan pula 1 batang kayu manis kecil. Masukkan pula carrot dan tomato serta sedikit garam dan perasa. Itu aja untuk supnya!
  • Berbalik pula pada ayam yang beraura tadi. Goreng aja ayam itu. Itu aja! hehehe :p

0 comments:

Post a Comment