AYAM MASAK MERAH


Ayam-masak-merah

Sesuai dimakan dengan nasi tomato

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1/2 ekor ayam
  • sedikit garam kunyit
Bahan-bahan kisar
  • 4-5 biji cili kering
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato-potong dadu
  • 1/2 cawan sos tomato
Bahan Hias
  • 1/2 biji bawang besar- potong bulat
  • kacang hijau secukupnya

Cara-cara

  • Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
  • Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
  • Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
  • Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

0 comments:

Post a Comment