AYAM MASAK PEDAS


Img_0325

resepi daripada mak

Bahan-bahan ( ramai )

  • Ayam atau daging
  • 2 batang serai
  • Sedikit lengkuas - dimesin
  • 3 ulas bawang putih - dimesin
  • 1/2 ulas bawang besar - dimesin
  • Cili kering ( mengikut citarasa untuk pedas ) - dimesin
  • sedikit cuka atau air asam jawa.
  • sedikit garam,gula dan air.
  • Kicap

Cara-cara

  • Potong ayam atau daging pada saiz kesukaan
  • Blenderkan kesemua bahan yang dimesin itu kemudian panaskan minyak dan tumis bahan yang dimesin itu dan masukkan ayam
  • Tambahkan sedikit air mengikut kuah yang dikehendaki, biar sehingga mendidih dan naik bau,masukkan air asam atau cuka,garam,gula dan kicap. Kacau lalu biarkan sehingga mendidih dan pekat
  • Apabila masak bolehlah dimakan bersama nasi atau dicicah bersama dengan ketupat. Sebab itu ayam atau daging dipotong mengikut kesukaan anda
  • Cubalah sedap.saya buat untuk cicah bersama ketupat dihari raya.SELAMAT MENCUBA

0 comments:

Post a Comment