skip to main |
skip to sidebar
Bahan-Bahan:- 1 cawan air
- ½ camca garam
- 2 cawan abu kayu parut
- ½ biji kelapa, diparut
Beberapa titik bahan pewarna merah Bahan Sirap:- ½ cawan air
- 125 gm gula melaka
- 1 helai daun pandan, disimpulkan
Cara:- Gaulkan ubi kayu, air & bahan pewarna dalam sebuah periuk. Kukuskan selama 1/2 jam atau hingga masak. Biarkan sejuk. Potong kepada bentuk-bentuk yang disukai. Gaulkan garam dengan kelapa parut. Balutkan kepingan-kepingan bingka dalam kelapa parut bergaram ini & isikan ke dalam pingan.
Cara membuat sirap:- Satukan gula melaka, air & daun pandan dalam sebuah periuk & panaskan hingga larut. Besarkan api & didihkan hingga menjadi sirap yang pekat. Tapis ke dalam sebuah mangkuk. Hidangkan kuih bingka dengan sirap itu.
0 comments:
Post a Comment