BOSTON BANOFEE PIE

Sumber : Buku Pastry Cook (Catherine Atkinson)
Kiriman : Jeni

Bahan-bahan

Filling

  • 115 gm butter, didadu
  • 200 gm susu pekat
  • 115 gm soft brown sugar
  • 2 tbsp golden (light corn) syrup
  • Pisang slice secukup rasa
  • Perahan jus lemon


Hiasan

  • Whipped Cream
  • Grated chocolate


Pastri

  • 150 gm / 1 1/4 cawan tepung serbaguna
  • 115 gm butter, didadu
  • 50 gm / 1/4 gula castor

Cara Membuat pastri

  • Panaskan oven kepada suhu 160C.
  • Kisar campuran tepung dan butter dengan menggunakan food processor sehingga menjadi serbuk kasar. Kalau tiada gunakan tangan sahaja atau garpu, tekan/gentel butter dgn tepung.
  • Campurkan gula dan uli sehingga menjadi doh. Dohnya lembut dan sedikit rapuh.
  • Tekan dengan tangan doh tersebut ke dalam loyang quiche yang basenya boleh tanggal tu.
  • Bakar selama 30 minit.

Cara Membuat filling

  • Masukkan butter, susu pekat, brown sugar dan syrup ke dalam periuk. Masak di atas api perlahan sehingga menteganya dan gulanya cair.
  • Kemudian besarkan sikit api supaya campuran ini boleh menggelegak (gelegak sikit je ye). Kacau campuran selalu. Masak ia sehingga campuran ini pekat dan bewarna perang muda seperti warna caramel.
  • Tuangkan filling ke dalam pastri yang telah masak tadi dan biarkan ia sejuk.
  • Setelah sejuk, susunkan pisang slice di atas filling tadi. (fillingnya memang tak akan keras, ia mcm filling blueberry tart tu jugak. Tapi kalau simpan dalam peti sejuk memang boleh jadi agak liat.) Tinggalkan gap kosong di tengah2.
  • Sprinklekan jus lemon atas banana slice. (Saya skip part ni.)
  • Pipekan whipped cream di tengah2 pie yang dibiarkan kosong tadi.
  • Taburkan grated chocolate atas whipped cream.
  • Siap untuk dimakan. Selamat mencuba.

0 comments:

Post a Comment