BUBUR SUM - SUM


Sumsum_ready

Menu klasik yg sesuai dimakan waktu petang (atau pun masa demam sbb mulut rasa pahit masa demamkan... tp sum-sum ni ada rasa lemak sket, masin sket, & manis sirapnye :) )

Bahan-bahan ( 2-4 orang )

  • Untuk bubur: 120g tepung beras
  • 525ml santan
  • ½ sdk garam
  • Untuk sirap gula: 1-2 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 1 helai daun pandan

Cara-cara

  1. Sumsum1
    Untuk bubur: Letak semua bahan dalam saucepan, better kalau ada non-stick one. Dgn api sederhana kecil, kacau adunan tu sampai masak - ia membeku. Kalo xsilap saya dalam xsampai 7 minit…Kemudian letak dlm bekas. Lepas letak tu, rata2kn sket atehnye tu supaya nmpk cantik sket. Ni rupa sum-sum yg dah dimasak.
  2. Sumsum2
    Untuk sirap gula: Sgt mudah sbb caranya sama dgn nk buat gula hangus tu iaitu mula2 hanguskan sedikit gula, bila dah memekat tmbh air, bila mendidih then tmbh baki gula & daun pandan. Kacau sampai betul2 gula dah cair tp sirap gula tu keperangan dan likat. Siap! Ni sirap gulanye.
  3. Then, utk serving, potong kecik2 sum-sum tu then tuang sket sirap gula atehnya…jd ler bubur sum-sum.

0 comments:

Post a Comment