Cucur badak

Cb1

resepi mama i, call pagi tadi terus buat.. teringin nak makan sgt. ini i share utk u all semua.. minggu ni minggu cucur lah..

Bahan-bahan ( 28-30 biji sedang kecil )

utk kulit

  • 2 biji keledek saiz besar
  • 1 cawan tepung gandum
  • Garam

utk inti

  • 1/2 biji kelapa parut
  • 1 cawan udang kering
  • 2 biji bawang besar
  • 5 batang serai
  • 1 sudu kecil kunyit serbuk
  • 5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing2)
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Garam dan gula

Cara-cara

  1. Cb2
    untuk inti: blender cili kering+serai+udang kering dan bawang dgn sedikit air. Setelah halus masukkan kelapa parut, blender sekali. Blend sekejap jek. Setelah itu masukkan semua kedalam kuali. Masukkan juga kunyit + minyak + garam + gula dan serbuk perasa. Kacau sehingga inti tu masak, ia akan kelihatan kering sedikit.
  2. utk kulit: rebus keledek dengan air dan sedikit garam sehingga lembut. Setelah masak , buang air tinggalkan sedikit dan campurkan dgn tepung. Buat masa panas panas, senang nak lenyek. Jika adunan lembik lagi tambahkan sedikit demi sedikit tepung. Jgn terlalu byk nanti tak sedap.
  3. Cb5
    Selepas itu buat doh kecil2 . Ambil satu buat melengung. tip: semasa hendak membuat doh ni guna sedikit minyak masak di tangan agar tepung tak melekat , keje pun cepat dan senang.
  4. Cb3
    letakkan inti dan tutup kembali.
  5. Cb4
    Goreng dengan api yang sederhana. Siap untuk di santap

0 comments:

Post a Comment