JALA EMAS RAJA

Bahan-Bahan:
  • 10 biji merah telur itik
  • 2 biji merah telur ayam
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 helai daun pandan
  • Nota : Ambil air jernih yang terdapat di dalam kulit telur (bukan putih telur). Biasanya jika kita pecahkan telur dan keluarkan isinya, kita dapat melihat ada air jernih di dalamnya.
Cara:
  • Campur kuning telur bersama air jernih dalam kulit telur dan kacau di dalam mangkuk besar sehingga kembang. Tapis perlahan-lahan dengan kain jarang. Masak gula bersama 2 cawan air, daun pandan dan bunga cengkih. Bila mendidih dan pekat sedikit masukkan bancuhan telur secara mengurai di dalam air gula. (Cara ini memang rumit sedikit dan orang yang telah biasa sahaja dapat membuatnya). Bila masak, angkat jala emas dengan batang buluh kecil dan lipat memanjang atau mengikut suka.

0 comments:

Post a Comment