Jejari Roti


Roti

Lebihan tepi-tepi roti yang dipotong dari roti keping



Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 24 keping tepi roti (dr 6 keping roti)
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar susu segar
  • sedikit garam
  • gula halus secukupnya
  • mentega/margerin untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Masukkan telur, garam dan susu ke dalam mangkuk. Pukul telur biar sebati.
  2. Panaskan 2 sudu besar mentega. Celup roti ke dalam campuran telur tadi dan goreng sampai perang.
  3. Buat sampai habis. Kalau mentega kering, bolehlah ditambah untuk menggoreng roti yang seterusnya.
  4. Bila dah siap, taburkan gula halus ke atas roti. Sedap dimakan semasa panas-panas.

0 comments:

Post a Comment