Roti bebola bergula

Roti-bebola-gula

Saiz roti yang kecil sesuai untuk kanak-kanak.



Bahan-bahan ( 26 biji )

  • * 200g tepung roti
  • * 4g yis kering
  • * 20g gula halus
  • * 3g garam
  • * 10g skim milk
  • * 20g shortening
  • * 130cc air
  • mentega dan gula halus secukupnya

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan bertanda * ke dalam breadmaker. Pilih menu untuk buat kulit roti. Tekan butang 'ON'
  2. Bila dah siap, keluarkan dari breadmaker. Tekan adunan untuk keluarkan angin. Bahagikan adunan kepada 26. Buatlah bentuk bulat.
  3. Biarkan roti naik 2 kali ganda.
  4. Bakar dalam oven dengan suhu 180C selama 12-15 minit.
  5. Bila dah masak, sapukan dengan mentega dan taburkan dengan gula.

0 comments:

Post a Comment