JEM TART GULUNG


Dscn0072

Resipi dr internet yg pasti menjadi...

Bahan-bahan ( 80 biji )

  • 60 gm butter
  • 190 gm majerin
  • 70 gm gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • 1 s/k esen vanilla
  • 350 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
Inti Jem
  • Nenas sebiji
  • 1/2 cawan air
  • 1 cawan gula
Glaze
  • 2 Kuning Telur
  • 2 s/k air
  • Pewarna Kuning

Cara-cara

  1. Untuk Jem, blend nenas dan jerang atas dapur hingga pekat dan kuning keemasan. Tambahkan air dan gula.
  2. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
  3. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata. Jangan pukul terlalu lama ditakuti jemtat mengembang gemuk dan sihat. :P
  4. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
  5. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
  6. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan. Kalau takde acuan nih, canai dan terap line menggunakan kreativiti. Macam saya terap pakai acuan siput; just nak dapatkan line je.
  7. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma. Letakkan jem nenas diatas adunan dan gulungkan.
  8. Sapukan dengan bahan glaze tadi. 10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.

0 comments:

Post a Comment