KOKTEL WINTER SONATA

Koktel_winter_sonata

sedap untuk buat pencuci mulut terutama dimeja pengantin.

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 1 bungkus agar-agar
  • 3 cawa air
  • 3 cawan gula
  • 1 tin koktel ( boleh juga kalau nak campur ngan nata de coco atau laici )
  • 1 tin besar susu cair

Cara-cara

  1. mula masakkan agar-agar bersama dengan air,kacau hingga agar-agar tadi dah hancur(tapi ingat kalau boleh tu jangan masukkan air terlalu banyak)nanti agar2 tu lembik plak.
  2. apabila dah betul2 hancur masukan gula dan kacau lagik.
  3. apabila gula dah hancur,bolehlah masukkan agar2 tadi kedalam bekas dan sejukkan biar dia betul2 keras.
  4. kemudian masak sebentar susu cair itu di atas api yang perlahan agar tidak hangus
  5. tuangkan susu yang dimasak tadi tu kedalam buah-buahan koktel itu
  6. kemudian kuarkan agar2 yang disejukkan tadik dan sagatkan nyer halus-halus kedalam mangkuk yang berisi dengan koktel tadik.selepas itu letakkan ais batu kedalam koktel itu
  7. akhir sekali bolehlah dimakan terus atau simpan kedalam peti untuk lebih sejukkan nyer.memang sedap.cubalah pasti berselera.

0 comments:

Post a Comment