Laksa Asam Perantau


Laksa2

Khas kepada yang teringin nak makan tapi takde bahan. Kat Germany takde pelbagai jenis ikan, so kami guna Tuna dlm tin. Laksa ni saya masak guna microwave.



Bahan-bahan ( 4-5 orang )


Bahan untuk kuah
  • Tuna (dlm minyak atau air garam) - 2 tin
  • Bawang besar - 2 biji
  • Cili kering - segenggam (ikut suka kepedasan)
  • Asam keping atau air asam jawa
Bahan penting
  • Laksa kering
Bahan untuk hiasan
  • Daun Salad - dihiris halus
  • Timun - dihiris halus
  • Nenas - (dlm tin)
  • Cili merah atau cili padi dihiris halus - ikut kesukaan

Cara-cara

  • Rebus laksa hingga masak. Kalau guna microwave - dlm 20-30 min. Tapi bergantung, sila rasa laksa tersebut masak dengan betul.
Utk kuah.
  • Blend semua bahan utk kuah dan masukkan dalam periuk atau bekas yang sesuai utk microwave. Tambah air ikut kepekatan bahan anda. Tambah gula dan garam secukupnya. Masak lah seperti biasa, dengan microwave dlm 20-30 min.
  • Bolehlah dimakan. Senang kan. Sebijik rasa sama dengan laksa asam kat pasar malam.
  • **bagi yang ada bahan -bolehlah tambah daun kesum atau bunga kantan dlm kuah.
hiasan tambahan :
  • daun mint, limau kasturi, pes udang dan lain-lain.
  • Bagi yang takde, rasa laksa simple menggunakan tuna dan masak dlm microwave ni masih sedap.

0 comments:

Post a Comment