LaksLAKSA KEDAH SPECIAL


P1220005

sedap makan time petang2 :)

Bahan-bahan ( 5 org )

  • 2kg ikan kembung - buang ekor & kepala
  • 2btg bunga kantan - dipotong dua
  • 3 ikat daun kesum
  • 3sb cili giling
  • 10bj cili padi - ditumbuk halus
  • 20 keping asam gelugor
  • 20gm belacan
  • garam & serbuk perasa
- Bahan-bahan ulam -
  • 1 labu bawang besar
  • 1bj salad buah
  • 1 ikat daun selum
  • 1 btg timun
  • 3bj telur rebus
  • 3bj limau sambal
  • 1 btg bunga kantan
  • Laksa sediakan seperti arahan di pek

Cara-cara

  • Ikan dibersihkan,masukkan dalam periuk besar bersama 10 keping asam gelugor. Isi air hingga menutupi ikan & rebus hingga hancur.
  • Bila dah hancur,bawa keluar ikan & tunggu sejuk,air rebusan jgn dibuang biarkan dlm periuk. Asingkan isi ikan dr tulang kemudian blend hingga hancur.
  • Masukkan ikan yg dah di blend tadi dalam periuk yang sama. Masukkan bunga kantan,asam keping,daun kesum,cili giling,cili padi dan belacan. Masak dengan api sederhana,biarkan mendidih dan sentiasa panas.
  • Bila kuah terlalu pekat, tambahkan air supaya kuah laksa jgn terlalu cair dan jgn terlalu pekat.
  • Masukkan garam & serbuk perasa.
  • Bawang besar, salad, daun selum, timun dan bunga kantan dimayang halus. Timun & limau sambal dipotong dua.
  • Masukkan laksa dalam mangkuk dan taburkan bahan2 ulam dan siramkan kuah laksa semasa tgh panas. Siap utk dimakan.

0 comments:

Post a Comment