LAKSA KEDAH


Laksa

maktehbum@myresipi.com

Bahan-bahan ( 8 orang bleh mkn kot! )

  • 1 kilo Ikan Kembung (agak-agak dlm 10 ekor saiz sederhana kecil)
  • 6 keping Asam Gelugor (kalau suka masam letak lebih sikit)
  • 1 Pkt Mee Laksa Kering (Direndam)
  • 3 Btg Bunga Kantan (dibelah 4)
  • 1 Ikat Daun Kesom (agak-agak jelah..kalau lebih pun sedap)
  • Garam dan Serbuk Perisa secukup rasa
Bahan kisar:
  • 4 biji bawang besar
  • 4 Biji Bawang Merah
  • 15 tangkai cili kering (direndam seketika)
  • 6 biji cili padi (yang merah-merah sikit)
  • 4cm Belacan (kalau dapat belacan Kuala Kedah @ Kuala Perlis lg sedap)
Bahan Ulam:
  • 3 Biji Timun (dihiris nipis memanjang)
  • 3 Biji Bawang Besar (Dihiris Nipis)
  • 1 ikat Daun Selom@Ulam Raja (Dihiris Nipis)(kalau takde 2-2 ni, daun salad pun boleh..)
  • 5 Biji Telur (direbus)(dibelah 2)
  • 3 Biji Limau Nipis@Kasturi (dibelah 2)
  • 5 Biji Cili Padi@Cili Merah (dipotong kecil)

Cara-cara

  • Rebus@kukus mee laksa yang direndam tadi. Toskan dan diketepikan.
  • Ikan dibersihkan dan direbus bersama 3 keping asam gelugor sehingga ikan masak.
  • Kemudian asingkan isi dan tulang. Tapis air rebusan ikan tadi dan dicampur bersama isi ikan dan dikisar.
  • Sediakan periuk besar dan masukkan bahan kisar bersama isi ikan tadi. Rebus sehingga mendidih.Tambahkan air (kalau terlalu pekat)
  • Masukkan bunga kantan dan daun kesom biarkan merebus sehingga naik aromanya..
  • Masukkan garam & serbuk perisa secukup rasa.
  • Apabila semuanya sebati, bolehlah dihidangkan.
Cara menghidang:
  • (utk seorang mkn) Masukkan sedikit Mee Laksa ke dalam 1 mangkuk dan taburkan bahan-bahan ulam Selepas itu tuangkan kuah diatasnya. Perahkan asam limau dan sedia dimakan…yum..yum..

0 comments:

Post a Comment