LAKSA SARAWAK


Laksa_sarawak

Masakan dari Sarawak dan masa dianggarkan untuk memasak 30 minit.

Bahan-bahan ( 10 orang )

  • 1 paket mee bee-hoon
  • 1 paket besar perencah laksa (boleh didapati di supermarket)
  • 1 biji kelapa parut
  • 1/2 kg taugeh
  • 1/2 kg isi ayam (tulang ayam untuk air rebusan ikut suka)
  • 1/2 kg udang
  • 3 biji telor ayam
  • daun ketumbar
  • limau nipis

>> Sambal <<
  • 2-3 sudu cili kering ditumbuk
  • bawang merah dan putih ikut suka
  • belacan sebesar 1/2 kotak mancis
  • minyak masak untuk menumis

Cara-cara

  • Masukan 5 cawan air rebus tulang ayam bersama-sama isi ayam kedalam periuk.
  • Rebus isi ayam hingga masak kemudian diangkat.
  • Masukan udang, rebus sebentar kemudain diangkat.
  • Masukkan perencah laksa sarawak bersama air rebusan tadi, rendidih dengan api perlahan selama 20 minit.
  • Sementara menunggu, celur taugeh dan mee tadi. Goreng telur dadar, kupas udang dan siat isi ayam. Ketepikan.
  • Perahkan santan sebanyak 4 - 5 cawan ikut suka.
  • Sekarang bolehlah bee-hoon di hidang bersama-sama ayam yang disiat tadi, udang, taugeh, telur dadar dan daun ketumbar, limau dan sambal. Kuah lah lakasa tersebut dengan kuah yang disediakan tadi.

0 comments:

Post a Comment