LOMPAT TIKAM KELANTAN


Lompat_tikam

Ini lompat tikam my MIL's style



Bahan-bahan ( satu keluarga (4-6orang) )

A: Tepung hijau
  • 250gm tepung beras
  • 700ml santan cair
  • secubit kapur sirih (campur dalam santan cair)
  • secubit garam
  • sedikit pandan paste/pewarna hijau
B: Santan pekat
  • 1500ml santan pekat
  • 80gm tepung beras (untuk pekatkan santan)
  • secubit garam]
C: Pulut merah
  • 1 cawan pulut
  • 1 cawan santan cair
  • sedikit pewarna merah
D: Air gula
  • 300gm gula melaka
  • 3 cawan air
  • sehelai daun pandan

Cara-cara

  1. Campur kesemua bahan A dan tapis
  2. Masak atas api hingga pekat
  3. Lompat_tikam2
    Umie masuk dalam microwave tapi kena sentiasa dikacau setiap 2mins)
  4. Lompat_tikam3
    Campur kesemua bahan B dan buat serupa dengan A (adunan B lebih cair dan lembut berbanding dengan A) >>> (umie masuk microwave je - cepat)
  5. Lompat_tikam1
    Cuci beras pulut kemudian masak dengan air dan sedikit pewarna merah (umie masuk microwave je - cepat)
  6. Lompat_tikam4
    Masak gula melaka bersama air hingga cair dan mendidih. Kemudian tapis.
  7. Setelah semuanya siap, ambil serba sedikit setiap dari nya dan curahkan air gula secukupnya :)

0 comments:

Post a Comment