ROTI CINCIN BERKISMIS


Roti_gulung_kismis

adunan roti biasa tapi diolah sikit je... ni roti cincin yang dah dipotong :D

Bahan-bahan ( 12-16 potong )

  • 3 cawan tepung gandum/tepung roti kalau ada
  • 1 bungkus yeast kering
  • 11/4 cawan susu segar suam
  • 1 sudu makan gula
  • 1 sudu makan margerin
  • 1 sudu teh garam
  • * Untuk inti
  • butter secukupnya (ikut suka banyak)
  • 2 sudu makan gula perang
  • kismis secukupnya (ikut suka banyak)

Cara-cara

  1. uli adunan untuk doh seperti buat roti biasa (masuk breadmaker jika ada)
  2. canai adunan doh roti yang telah siap dan sapukan margerin
  3. taburkan gula perang di atasnya
  4. taburkan kismis ikut suka banyak dan kemudian gulung kan adunan roti
  5. Roti_gulung_kismis4
    setelah itu cantumkan hujung kedua2 adunan membentuk cincin
  6. gunakan pisau dan potong bahagian tepi adunan
  7. sapukan atas adunan dengan susu segar dan diamkan seketika sebelum dibakar sehingga kekuningan

0 comments:

Post a Comment