Resipi dari internet.
Bahan-bahan ( 24 biji )
- 225g tepung gandum
- 2 sudu kecil garam
- 2 sudu besar minyak sayuran
- 80ml air suam
Cara-cara
- Satukan tepung dan garam, gaul hingga sekata.
- Masukkan minyak sayuran dan air suam, gaulkan hingga menjadi doh.
- Uli doh sehingga licin, tutup dengan plastic wrap dah rehatkan selama 30 minit. (suhu bilik)
- Bahagikan doh kepada 12 bahagian.
- Bulatkan setiap bahagian dan canai menjadi bulatan lebih kurang 15cm diameter. Potong kepada dua bahagian.
- Ambil satu bahagian, sapukan air sekeliling tepi pastry dan bentukkan menjadi cone.
- Masukkan inti samosa dan lipatkan bahagian yg terbuka, menjadi segitiga.
- Goreng dlm minyak sederhana panas, hingga keemasan.
- Biasanya, inti samosa ni jenis savory - i.e. kentang, sayur-sayuran, ayam, daging. Tapi boleh juga guna inti manis - i.e. kacang, kelapa, creamcheese etc. Terpulang ikut selera masing2.
0 comments:
Post a Comment