POPIA GORENG


Popia

popia goreng bercheese yummy...

Bahan-bahan ( 10 batang )

  • 10 keping kulit popia
  • 10 keping cheese
  • 1/2 batang lobak merah- potong halus memanjang
  • 2 cawan taugeh
  • 1 keping dada ayam- potong kecik@ dadu
  • 1 sudu kecil pati ayam maggie
  • sedikit gula
  • Minyak untuk menggoreng
  • 1 ulas bawang putih-diketuk

Cara-cara

  1. Sediakan inti. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan ayam. Goreng sehingga ayam masak. Kalau perlu, tambahkan sedikit air.
  2. Masukkan pati ayam, gula lobak merah dan taugeh. Kacau. Biarkan 1-2 minit. kemudian padamkan api
  3. Ambik satu kulit popia. Letakkan sekeping cheese ke atasnya. Kemudian masukkan inti. Balutlah macam biasa. Dihujungnya letakkan sedikit air sebagai pelekat. Ulang sampai habis.
  4. Goreng dengan minyak penuh. Api hendaklah sederhana untuk mengelakkan hangus

0 comments:

Post a Comment