ROTI PARATHA KENTANG


Dsc04662

Roti ni sesuai untuk breakfast atau makan petang. Sekiranya malas untuk membuat kentang lecek, beli sahaja mashed potato kat KFC.

Bahan-bahan ( 6 keping )

  • 1 1/2 cawan tepung
  • 3/4 cawan air
  • 1 sudu teh garam
  • 1 biji kentang (russet potato direbus dan dilenyek)
  • segenggam daun ketumbar dicincang halus
  • 1 sudu teh jintan
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar (coriander powder)
  • garam dan lada hitam secukup rasa
  • Minyak zaitun

Cara-cara

  1. Masukkan tepung, garam, dan satu sudu besar minyak zaitun ke dalam mangkuk. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh lembut dan boleh diuli. Uli sekejap dan bahagikan kepada 6 ketul.
  2. Didalam bekas lain, campurkan kentang lenyek, daun ketumbar, jintan, serbuk ketumbar, garam, dan lada hitam. Kacau sebati dan bahagikan kepada 6 bahagian.
  3. Inti
    Canai dough dan bungkuskan inti kentang dan balut macam pau. Ketepikan dough selama lebih kurang 5 minit.
  4. Goreng
    Panaskan kuali leper dan masukkan 1 sudu teh minyak zaitun. Canaikan dough tadi ikut ketebalan yang disukai dan gorengkan setelah minyak panas. Goreng setiap belah sehingga garing. Masukkan satu sudu kecil minyak zaitun setiap kali menggoreng roti baru.

0 comments:

Post a Comment