TALAM SUJI MOCHA


Sujimocha

resepi dari mak..kuih ni rasa lebih sedap lepas simpan dalam fridge semalaman..

Bahan-bahan ( talam sederhana (apprx 20 org makan) )

** Bahan Atas**
  • 3 cawan santan pekat
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 3 biji telor
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1 sudu besar mocha paste

** Bahan Bawah**
  • 2 cawan tepung suji
  • 6 cawan santan cair
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu kecil pewarna kuning
  • 1 cawan gula

Cara-cara

  1. Satukan semua bahan untuk bahagian bawah. Kacau atas api sederhana hingga mengeras. Kemudian pindahkan ke dalam loyang. Ratakan. kemudian kukus selama lebih kurang 15 minit (bila tekan dengan tangan, bancuhan tak melekat kat jari).
  2. Sementara itu, sediakan pula bahagian atas. Satukan semua bahan. Tapis. Kemudian Tuang ke dalam loyang (yang dah sedia dengan bahagian bawah tadi). Kukus sehingga masak. (saya lupa nak tengok jam berapa lama saya kukus..tapi lebih kurang sejam)
  3. Tunggu sejuk baru potong & ngap!

0 comments:

Post a Comment