Thin Crust Pizza


Pizza_012

Doh yang nipis, makan tak cepat muak



Bahan-bahan ( 3 keping (20cm) )

Doh:

  • 200gm tepung serbaguna, diayak
  • 4gm garam
  • 105ml air
  • 12gm mentega tanpa garam

Topping:

  • Crab stick dan sosej, dihiris
  • Bawang besar, dihiris
  • cendawan butang, capsicum, dihiris
  • Keju mozzarella, diparut

Sos bechamel:

  • 50gm mentega tanpa garam
  • 60 gm tepung, diayak
  • 1000ml fresh milk
  • 4gm garam

Cara-cara

Untuk doh:

  • Campur tepung, garam dan air ke dalam mangkuk dan uli hingga tak lekat ditangan
  • Masukkan mentega dan uli lagi sampai doh yang licin dan lembut terbentuk.
  • Keluarkan doh dan sapu dengan sikit minyak masak. Bungkus doh dalam plastik selama 30 minit.

Untuk sos berchamel

  • Cairkan mentega dalam periuk atas api yang perlahan dan masukkan tepung. kacau dan masak hingga sebati.
  • Tuangkan susu ke dalam periuk, pukul dengan whisker .
  • Masukkan garam. Kacau dan masak sos hingga pekat. simpan dalam bekas bertutup.
  • Sos ini boleh disimpan 3-4 hari dlm peti sejuk atau 4 minggu dalam freezer.
  • Sapukan sos bechamel atas doh.
  • Taburkan crab stick, sosej, bawang, capsicum, cendawan butang dan keju mozarella.
  • Taburkan lada hitam jika suka dan bakar dalam oven 12-15 minit pada suhu 170-200 C. Nikmati piza ini semasa panas-panas.


0 comments:

Post a Comment