Bahan-bahan ( dlm 30 bj, bgantung pada mangkuk yang digunakan )
- 1 mangkuk nasi
- 1/4 biji ragi, tengok la kalau mangkuk kecik kurangkan ragi bgitulah sebaliknya. agak-agak padan dgn nasi la
- 2 mangkuk tpg beras
- 1 mangkuk gula
- 2 mangkuk air
- 2 sudu teh eno
Cara-cara
- Tumbuk ragi hgg hancur, dan ayakkan ke atas nasi sejuk dengan rata. peram tapai nasi ni 2mlm atau 48 jam. Kalau tapai dah berair tak payah 2 mlmpun tak apa.
- Campurkan gula dengan tapai dan kacau hingga gula hancur, masukkan sedikit air.
- Masukkan tepung beras dan lebihan air tadi kacau hingga sebati
- Peram bahan ini selama 5-6 jam
- Lastly panaskan pengukus, masukkan eno dan kacau hingga sebati lagi, bila pengukus dah mendidih boleh la di kukus selama 15 minit.
0 comments:
Post a Comment