AYAM SERAI PEDAS


Ayamserai

Resepi simple citarasa Thailand

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 3 keping dada ayam (ambil isi sahaja)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 biji cili besar (ditumbuk/dikisar)
  • 6 biji cili padi (ditumbuk/dikisar)
  • 1 camca sos ikan (sos nampla)
  • 1 camca sos tiram
  • Secubit gula dan sedikit ajinomoto
  • sedikit minyak untuk menumis
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar)
  • 1 ulas bawang merah (ditumbuk/dikisar)

Cara-cara

  • Masukkan minyak untuk menumis serta serai, daun limau purut, cili besar, cili padi, bawang putih dan bawang merah. Tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan potongan ayam dan sedikit air bagi memastikan ayam masak secukupnya.
  • Masukkan sos ikan, sos tiram, gula dan ajinomoto. Kacau sebati. Tutup api dan hidangkan.

0 comments:

Post a Comment