CHICKEN NAMBAN


Img_6120-1

masakan jepun. rasa masam manis.

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 3 keping paha ayam (boneless)
  • garam , ladasulah secukup rasa
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • minyak untuk menggoreng
  • 1 sb tepung ubi/ cornstarch + 1 sb air
-----sos vinegar-----
  • 100ml apple vinegar
  • 150ml air
  • 50ml soba sos
  • 3 sb gula
  • 1 sk garam
-----bahan perap-----
  • 1/2 batang naga-negi (hiris serong memanjang)
  • 1 biji cili api (potong kecil)
  • 1 sk halia cincang halus
  • 1 ulas bawang putih (cincang)
-----bahan hiasan-----
  • daun salad
  • 1/4 batang lobak merah (hiris memanjang)
  • tomato

Cara-cara

  • campur bahan sos vinegar dalam kuali, panaskan. bila dah mula gelegak, tutup api.
    Img_6117
  • campur bahan perap dalam bekas seperti tupperware etc. dan tuang ketepikan.
  • potong ayam macam stick selebar 2 jari. cuci bersih dan keringkan air.
  • perisakan dengan garam dan ladasulah. salut dengan tepung gandum.
  • pukul sedikit telur, salut ayam tadi dan goreng hingga kekuningan.
  • tos minyak terus masukkan kedalam 2. golek2kan supaya sos tadi rata. biarkan selama 5-10 minit. letak bahan hias dalam pinggan, letak ayam tadi.
  • masukkan kembali lebihan sos vinegar kedalam periuk, panaskan. bila agak panas, kecilkan api, curah masuk bancuhan tepung ubi sedikit demi sedikit, kacau perlahan. lihat kepekatan. tuang sos ini diatas ayam tadi. makan dgn nasi panas2.

0 comments:

Post a Comment