skip to main |
skip to sidebar
Bahan-Bahan:- ½ kilo tepung gandum
- 3 - 4 biji cili merah (ditumbuk)
- Ikan bilis secukupnya (dibuang perut dan ditumbuk separuh lumat bersama cili)
- 1 - 2 biji bawang besar (dimayang)
- Garam secukup rasa
- Air panas (mendidih) secukupnya untuk membancuh
- Minyak untuk menggoreng
Cara:- Tepung, cili, ikan bilis dan bawang besar dimasukkan dalam satu bekas dan dibancuh dengan air panas.
- Bancuhan jangan terlalu cair cukup sekiranya boleh dijemput dengan jari.
- Biarkan sejuk sebentar dan dijemput mengikut saiz yang disukai dan goreng dengan minyak yang panas sekali.
Cadangan Hidangan:- Boleh dicicah dengan cili sos atau sambal kicap (kicap manis yang dikisar dengan cili api + 1 biji bawang putih + 1/4 inci belacan bakar)
0 comments:
Post a Comment