FRUIT TART


Tat

meow@myresipi.com

Bahan-bahan ( 4 5 orang )

*BAHAN2 UTK KULIT TART*
  • 500gm tepung gandum
  • 1 1/2 cawan marjerin
  • 1 sudu besar lemak sayur (criso)
  • 2 sudu besar gula halus/kastor
  • 1 biji telur
  • sedikit air dari peti ais

*BAHAN2 UTK FILING KASTARD*
  • 500ml susu segar
  • 3 atau 4 sudu tepung kastard
  • gula dan garam secukup rasa.
  • buah2an hiasan seperti kiwi, grape, peach, stoberi dan lain2 (make sure bukan buah jenis yg bila kita potong dia jadi lebam contoh cam epal tu)
  • Jika suka sedikit cooking chocolate dicairkan kaedah double boiler

Cara-cara

**CARA2 MEMBUAT KULIT TART**
  1. Gaulkan semua bahan kecuali telur saperti serbuk roti.
  2. Masukkan telur dan gaul rata. masukkan sedikit air dari peti ais uli sehingga menjadi doh..
  3. Canaikan setebal 1/2 cm sebelum diterap bulat
  4. Letakkan kulit tat di dalam dulang acuan bermangkuk kecil (petty tin) yang sudah digriskan.
  5. Cucukan dgn garfu..[hilangkan gelembung angin]
  6. Bakar selama 15-18 minit pada suhu 180C.
  7. Keluarkan dan sapukan cooking choc cair dan tuangkan adunan kastad kedalam tat dan kemudian hiaskanlah dengan hirisan buah2an yg disukai..
**CARA2 MEMBUAT FILING KASTARD**
  1. Masukkan semua bahan2 kecuali buah2an hiasan kedalam periuk dan bila dah nampak nak likat cepat2 angkat. Jangan dimasak terlampau lama nanti jadi pudingle pulak..
  2. Bila dah tutup api tu masukkan kedalam kulit tart yg telah dimasak seperti resepi kat atas tu.. dan hiaslah dengan belahan buah2an hiasan.. dan masukkan kedalam peti ais utk mendapatkan rasa yg syedap.. ulala..

0 comments:

Post a Comment