KEPAK AYAM BAKAR BEREMPAH


Kepakayambakarberempah

Sungguh menyelerakan... boleh di makan dengan nasi atau juadah BBQ

Bahan-bahan ( 4 orang makan )

  • 1 kilo kepak ayam
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu makan serbuk jintan kasar
  • 1 sudu makan serbuk jintan halus
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 2 sudu makan gula
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  • Bersihkan kepak ayam dan toskan
  • Bawang besar+bawang putih+halia diblend/tumbuk. Campurkan kesemua bahan yang lain bersama bahan yang telah diblend ke dalam mangkok besar (yg boleh muatkan kesemua kepak ayam)
  • Gaulkan kepak ayam ke dalam bancuhan bahan tadi
  • Perap ayam seketika atau ikut lama yang disukai (makin lama makin sedap)
  • Bakar kepak ayam dalam oven selama lebih kurang 45mins atau hingga masak

0 comments:

Post a Comment