Lasagne


P1220038

Resepi ini dah diubah jadi rasa melayu...... favourite hb and son



Bahan-bahan ( 4 atau 6 org )

  • 500 gm Daging Kisar
  • 1 tin (425gm) Sos Tomato
  • 5 ulas bawang kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar cili giling
  • Sedikit minyak utuk menumis
  • Serbuk Oregano
  • Serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • 3 Sudu tepung gandum/jagung
  • 8 keping cheese (cheesedale) kalau suka cheese lebih , boleh tambah
  • 500 ml Susu segar
  • 10 keping instant lasagne (ikut besar loyang bakar)

Cara-cara

  • bawang merah dan bawang putih dikisar.
  • Tumiskan bawang merah dan putih sampai naik bau. Masukkan cili. Jika suka pedas, boleh cili lagi.
  • Bila cili sudah masak, masukkan sos, biarkan mendidih. kemudian masukkan 600ml air.
  • kemudian masukkan daging. Biar sampai daging masak. Masukkan garam, serbuk oregano dan serbuk lada hitam. Jgn sampai air kering. Ketepikan dulu.

Untuk Cream cheese :

  • Panaskan minyak, kemudian masukkan tepung. Kemudian masukkan pula susu segar. Bila mendidih masukan cheese. Masak biar pekat sedikit.
  • Kemudian susun kepingan lasagne di dalam bekas pembakar.
  • Tuang dan rata kuah daging keatas kepingan lasagne tadi.
  • Tuang pula cream cheese tadi keatas kuah daging tadi.
  • Letakkan pula kepingan lasagne di atas cream cheese. Ulang langkah 6,7 & 8 hingga kuah daging habis.
  • Last sekali letakkan kepingan lasagne dan tuangkan cream cheese hingga menutupi keseluruhan kepingan lasagne.
  • Bakar pada suhu 200 utk 20 min atau hingga bahagian atas keperangan.


0 comments:

Post a Comment