Paru Goreng Sambal Anuwarezam





BAHAN-BAHAN:


  • 500 gram paru - direbus dan dihiris nipis
  • 2 sudu besar cili giling
  • 22 ulas bawang putih - kisar
  • 2 labu bawang besar - kisar
  • 2 sudu besar kacang tanah - goreng dan tumbuk kasar
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • Serbuk perasa dan garam secukup rasa

CARA MEMBUAT:

  • Panaskan minyak dan goreng paru terlebih dahulu.
  • Tos paru tersebut dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar bersama cili giling.
  • Setelah naik minyak, masukkan paru tadi bersama kicap dan kacang tanah.
  • Akhir sekali masukkan serbuk perasa dan garam secukupnya.
  • Kacau kesemua bahan sehingga masak.
  • Sedia untuk dihidangkan.

0 comments:

Post a Comment