Udang Bersos Pedas Masam Manis





Bahan-bahan A:

  • 300 gm udang | dibuang kulit
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu teh tepung jagung | dibancuh
  • 1 biji telur
  • 2 tangkai daun bawang | dipotong
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan B (dipotong):

  • 1 biji bawang besar
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili padi
  • 2 biji bawang putih

Bahan-bahan C:

  • 3 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan cuka
  • 2 sudu makan gula
  • 1 sudu makan sos plum
  • 1 sudu teh sos Lea & Perrins
  • 125 ml air

Cara Memasaknya:

  • Panaskan minyak dalam kuali, goreng kesemua bahan-bahan B sehingga warnanya kekuning-kuningan.
  • Masukkan bahan-bahan C dan biarkan ia mendidih.
  • Selepas itu masukkan udang dan kacau rata. Akhir sekali masukkan air tepung jagung dan telur.
  • Masak selama dua minit dan hiaskan dengan daun bawang. Sedia untuk dihidang.

0 comments:

Post a Comment