SERUNDING AYAM


Serunding_ayam

Serunding Ayam ( basah ). Sedap dimakan dengan nasi goreng, bubur lambuk atau pulut kuning.

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 ekor ayam ( bhg dada )
  • 10 biji bawang merah*
  • 2 batang serai*
  • 6 biji cili kering*
  • 3 cm halia*
* diblender halus
  • 2 cawan santan
  • sekeping asam gelugor
  • sehelai daun kunyit ( dihiris )
  • 3 helai daun limau purut
  • Garam

Cara-cara

  • Ayam direbus dan dicarik dagingnya.
  • Tumis bahan blend dalam sedikit minyak.
  • Masukkan ayam dan air rebusan ayam. Biar kering sedikit.
  • Masukkan santan, daun limau purut dan asam keping.
  • Masukkan garam.Bila hampir kering taburkan hirisan daun kunyit dan kacau rata.
  • Siap untuk dihidangkan.

0 comments:

Post a Comment