Bahan-bahan ( 1 biji kek )
- 1 cawan butter
- 1 1/2 cawan gula
- 4 biji telur
- 1 3/4 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan serbuk koko
- 1 sudu teh baking powder
- 4 uncang teh Earl Grey (Twinnings brand is the best, Lipton punya bergamot aroma tu kurenggggg)
- 1/3 cawan air mendidih
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu teh vanilla
Cara-cara
- Panaskan oven 180 darjah. Lenserkan tin kek dengan sedikit butter dan taburkan sedikit tepung. Rendamkan uncang teh dalam 1/3 air mendidih tadi dan biarkan sejuk.
- Satukan tepung, koko, baking powder, dan garam dalam satu bekas dan ayak.
- Pukul butter dan gula sampai kembang. Masukkan telur satu persatu. Pukul sehingga sebati. Masukkan tepung dan air teh yang sejuk tadi kedalam adunan telur berselang seli. Kacau hingga sebati. Masukkan esen vanilla.
- Tuangkan adunan kedalam acuan kek dan bakar selama 40-50 minit. Pastikan rak oven di tengah tengah.
0 comments:
Post a Comment