Biskut buah buahan campuran & coklat chips

Image-0029

sunkist@myresipi.com

Bahan-bahan ( 100 biji )

  • 300gram mentega
  • 350gram tepung gandum
  • 150gram tepung jagung
  • 100gram gula icing
  • 1/2 sudu esen vanilla
  • 100gram buah buahan campuran
  • 50gram coklat chips
  • manik warna untuk hiasan

Cara-cara

  • Tepung gandum & tepung jagung diayak bersama - ketepikan seketika
  • Pukul mentega & gula ising hingga kembang
  • Masukkan esen vanila ke dalam adunan mentega tersebut
  • Masukkan buah buahan campuran (mix fruit) & coklat chips ke dalam adunan mentega. Kacau sehingga sebati
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit & uli hingga menjadi doh lembut
  • Bulatkan doh kecil2 dan masukkan ke dalam cawan kertas
  • Hiaskan dengan manik warna - jika suka
  • Kemudian boleh lah dibakar pada suhu 150C selama 20-30 min

0 comments:

Post a Comment