Bahan-bahan ( 8-10 keping )
- 1 biji telur ayam
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu tepung jagung
- 2 1/4 susu segar
- 1/4 cawan marjerin dicairkan
- Garam secukup rasa
Cara-cara
- Pukul telur sebatikan putih dan kuningnya.
- Masukkan tepung gandum, tepung jagung, susu segar dan garam secukup rasa. Kacau sebatikan.
- Tuangkan marjerin cair. Kacau sebati. Jika adunan berketul, blenderkan adunan itu.
- Tuangkan adunan ke dalam kuali leper. Gelekkan kuali agar adunan memenuhi ruang permukaan kuali. Biarkan adunan kering di atas api perlahan. Lipatkan crepe menjadi tiga segi seperti dalam gambar di tajuk.
- Selain dimakan dengan kuah kari, boleh guna diletakkan coklat cair di permukaan crepe dan dilipatkan.
0 comments:
Post a Comment