EARL GREY CHIFFON CAKE

Imgp2319

skyblue@myresipi.com

Bahan-bahan ( 9" )

Bahan-bahan A:
  • 4 biji kuning telur
  • 20gm gula halus
  • 50gm minyak masak
  • 40ml teh earl grey yg pekat( apa2 jenis teh pu boleh)
  • 30ml susu segar/cair
  • ¼ sk garam
Bahan-bahan B:
  • 100gm tepung kek* (boleh diganti degan 85gm tepung gandum + 15gm tepung jagung)
  • ½ sk baking powder* (diayak bersama tepung kek)
Bahan-bahan C:
  • 4 biji putih telur
  • 100gm gula halus (boleh dikurangkan sedikit)
  • ⅛ sk cream of tartar
Bahan-bahan Lain:
  • 2 sk serbuk teh earl grey

Cara-cara

  • Panaskan oven kepada 170 darjah celcius.
  • Satukan bahan-bahan A dalam mangkuk besar dan pukul sehingga sebati. Masukkan tepung dan gaulkan sehingga sebati. Ketepikan.
  • Pukulkan putih telur sehingga berbuih, masukkan gula dan cream of tartar. Pukulkan lagi sehingga jadi meringue (bertanduk).
  • Ambil ¼ bahagian meringue, masukkan ke dalam (2) dan gaulkan sehingga sebati.
  • Masukkan semua meringue tadi, gaulkan sedikit dan masukkan serbuk teh. Gaulkan lagi sehingga sebati (tak payah lama2).
  • Tuangkan adunan ke dalam tin chiffon, bakar dalam oven yg telah dipanaskan tadi selama 40 minit.
  1. Keluarkan kek dari oven, terus terbalikkan dan biar sejuk sepenuhnya sebelum dikeluarkan dari tin.

0 comments:

Post a Comment