Roti salad

Saladbun

yani@myresipi.com

Bahan-bahan ( 6 biji )

Doh roti
  • 175ml susu segar
  • 250g tepung roti
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar dry yeast
Salad
  • 1 biji kentang
  • 1/2 biji bawang besar- dicincang
  • 2 sudu besar sayur campur
  • 1 sudu besar yogurt
  • garam dan serbuk lada hitam secukupnya
  • * susu segar utk sapu kat roti

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan utk buat doh ke dalam breadmaker. Pilih menu utk buat doh.
  2. Sementara tu, sediakan salad. Buang kulit kentang dan potong dadu. Rebus kentang sehingga empuk. Campurkan semua bahan-bahan untuk salad dan ketepikan.
  3. Saladbun1
    Bila doh roti dah siap. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Kemudian bahagiakan kepada 6 bahagian. Rehatkan selama 10 minit.
  4. Saladbun2
    Ambik sebiji doh tadi. Bahagikan 20g utk tangkai dan selebihnya utk bakul. Untuk tangkai canaikan jadi bentuk panjang lebih kurang 10cm.
  5. Saladbun3
    Manakala untuk bakulnya leperkan supaya boleh diisi salad.
  6. Saladbun4
    Ambik bahagian tali. Putarkan sedikit dan buatlah jadi bentuk tangkai seperti dalam gambar. Biarkan naik 2 kali ganda. Atau penaik guna oven pd suhu 40C selama 30 minit.
  7. Saladbun5
    Sapukan dengan susu sebelum dibakar. Bakar dengan suhu 180C selama 12-15minit. Biarkan roti di dalam oven 5-10 minit lagi untuk roti kelihatan lebih kuning.

0 comments:

Post a Comment